Monsta telah melancarkan siri komik bulanan terbaharu, Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Siri ini akan mengikuti pengembaraan BoBoiBoy selepas kemuncak finale filem BoBoiBoy Movie 2, yang telah berjaya memecah pelbagai rekod filem tempatan.

Siri komik ini akan membawa para pembaca mengembara bersama BoBoiBoy dan rakan-rakan untuk mendapatkan kuasa elemental baharu serta berhadapan dengan musuh-musuh baharu. Setiap isu Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 ini akan dihiasi dengan 48 muka surat ilustrasi penuh warna.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →

Sebagai persiapan bagi menghadapi permintaan tinggi daripada para pembaca dan juga peminat, Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 akan dipasarkan di pelbagai rangkaian kedai serbaneka, kedai buku, dan platform-platform atas talian bermula 16 Mac 2020.

Siri komik bulanan ini juga turut akan menembusi pasaran negara-negara Asia Tenggara dalam bentuk fizikal dan digital bagi memenuhi sambutan yang menggalakkan daripada peminat antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak, siri komik bulanan terbaharu ini menandakan permulaan kepada Power Sphera Universe, sebuah ‘shared universe’ yang akan menggabungkan pelbagai harta intelek daripada Monsta seperti BoBoiBoy, Mechamato, dan adiwira baharu yang akan datang.

Monsta turut merancang untuk memperkenalkan lebih banyak harta intelek di masa hadapan yang akan menampilkan watak-watak baharu dengan gaya penceritaan yang unik untuk dijalinkan bersama ke dalam Power Sphera Universe.

Monsta berharap dengan pelancaran Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 dan juga pengumuman Power Sphera Universe, tahun 2020 ini bakal menjanjikan pelbagai pengalaman yang menarik dan mengujakan buat semua peminat.

P/S: Siri animasi BoBoiBoy Galaxy Musim 2 dijangka akan menemui peminat selepas tamat animasi Mechamato jika semuanya berjalan lancar. Nantikan pengumuman terkini daripada Monsta berkaitan dengan Power Sphera Universe tidak lama lagi.

BoboiBoy Movie 2 adalah antara filem yang berjaya memberi kesan kepada rakyat Malaysia tahun lalu. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Mengapa ‘BoboiBoy Movie 2’ Adalah Sebuah Karya Yang Sempurna Bagi Saya

Tonton Temubual Unik BoboiBoy Dan Adu Du Secara ‘Live’ Di MeleTOP

‘BoboiBoy 2’ Pecah Rekod Raih Kutipan RM1.18 Juta Hari Pertama Tayangan

Anda Mungkin Suka