Sekiranya anda sering mengikuti perkembangan Samsung, pastinya anda cukup tahu dimana jenama ini hadir dengan dua siri flagship iaitu Galaxy S dan Galaxy Note. Setiap tahun, pasti ada sahaja model terbaru yang bakal dilancarkan melalui siri ini.

Pada tahun hadapan, dalam usaha untuk mahu tampil selari dengan tahun pelancaran, Samsung dijangka bakal gantikan nama Galaxy S11 kepada Galaxy S20. Pembaharuan nama ini sekaligus menunjukkan perubahan besar yang bakal ditampilkan Samsung pada kali ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Samsung-Galaxy-S11-S20-leak
Sebanyak tiga model bakal dilancarkan melalui siri Galaxy pada kali ini

Melihat kepada pembaharuan nama yang dibuat pastinya orang ramai tidak sabar menantikan apa yang terbaru melalui model flagship daripada Samsung ini. Setakat ini, dilaporkan processor baharu beserta lima kamera belakang dengan sensor 108-megapixel antara yang bakal disertakan. Selain itu, agak menarik untuk menyaksikan adakah Samsung bakal meneruskan trend yang sama pada tahun-tahun akan datang.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Samsung tampil dengan pembaharuan nama pada model keluaran mereka. Sebelum ini, Samsung pernah melangkau daripada Galaxy Note 5 ke Galaxy Note 7 dalam tempoh setahun tanpa melancarkan Galaxy Note 6. Hasilnya, model Galaxy Note 7 ditakdirkan penuh dengan masalah melibatkan letupan.

Samsung Galaxy S11 atau bakal dikenali dengan nama Galaxy S20 dikatakan bakal tampil dengan kamera 108-megapixel. Turut dikongsikan, review kami mengenai Samsung Galaxy Fold.

Samsung Galaxy S11 Bakal Dilengkapi Dengan Kamera 108-Megapixel

Samsung Galaxy Fold, Peranti Paling Unik Dan Inovatif Untuk 2019