Selepas gelongsor air, ESCAPE Penang lancar Zip Coaster terpanjang dunia sejauh 1,135 meter dan tunggangan seperti roller coaster itu turut dicatatkan dalam Guiness World Records.

Ini menjadikan taman tema ESCAPE Penang sebagai destinasi bertema pertama di Malaysia yang mempunyai dua catatan dalam Rekod Dunia Guiness. Bagi anda yang mencuba zip coaster ini, anda akan merasai perjalanan yang mendebarkan, berliku-liku dan menyeronokkan serta dihadiahkan dengan pemandangan yang indah.

@mimieyuzi

Escape Penang just launch new attraction, Zip Coaster. Fyi, Zip Coaster at Escape Penang is the World’s longest zip coaster. #guinessworldrecords #escapepenang #escapepark #adventure #adrenaline #travel #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg

♬ original sound – Mimie Yuzi – Mimie Yuzi

Tarikan terbaharu taman tema tersebut telah dilancarkan oleh Yang DiPertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Ahmad Razak bersama pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sim Leisure, Sim Choo Kheng.

Menurut Yang DiPertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Ahmad Razak, inovasi yang didorong oleh pemikiran global adalah kunci kejayaan pembangunan ekonomi negeri Pulau Pinang, justeru berharap syarikat lain yang berpengkalan di negeri itu untuk mengikut jejak dalam membangunkan tarikan bertaraf dunia.

Sim Choo Kheng berkata bahawa dalam mencipta tunggangan baharu itu, setiap usaha yang dibuat mengutamakan pemuliharaan persekitaran semulajadi di ESCAPE Penang yang terletak di tengah-tengah kehijauan dan rimbunan pokok.

Tambahnya, pembinaan zip coaster itu dilakukan sejak Jun 2020 dan menelan belanja sebanyak RM700,000. Malah, Sim Choo Kheng berharap pelancong tempatan dan antarabangsa akan datang untuk merasai pengalaman unik ini.

Tahukah anda bahawa ESCAPE Penang tampil dengan cabaran di gelongsor air terpanjang dunia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut. 

Berlumba Jadi Yang Terpantas, Cabaran Pepsi ESCAPE Dilancarkan Di Gelongsor Terpanjang Dunia

Taman Tema Escape Pulau Pinang Bina Gelongsor Air Terpanjang Dunia