Sejak tular rakaman video kelab kereta Honda Civic FC tular di media sosial, nama Lebuh Raya Temiang-Pantai menjadi bualan netizen sehingga hari ini. Lebih-lebih lagi apabila pihak polis mahu memanggil sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta tersebut untuk memberi keterangan.

Terbaharu, laman Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia memuat naik gambar-gambar menunjukkan ada beberapa kelab kereta jenama lain turut berhenti dan berkumpul di tepi jalan Lebuh Raya Temiang-Pantai untuk bergambar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hantaran tersebut telah menyebabkan orang ramai berkongsi pelbagai kritikan dan kecaman terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan yang sama seperti ahli kelab Civic FC yang tular baru-baru ini.

Menurut Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia, ada juga beberapa kelab kereta sudah mula memadam hantaran gambar semasa mereka berkumpul di Lebuh Raya Temiang-Pantai itu bagi mengelakkan ahli kumpulan mereka ‘dikenakan tindakan’ di kemudian hari.

Sumber Gambar: Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

Tambah netizen lagi, mereka meminta agar pihak berkuasa tempatan dapat memberikan penyelesaian tuntas kepada isu ini memandangkan kawasan Lebuh Raya Temiang-Pantai mula menjadi tumpuan dan dibanjiri orang ramai yang mahu berhenti mengambil gambar kecantikan panorama di kawasan tersebut.

Pada hari minggu lalu ahli kelab Honda Civic FC mencuri tumpuan satu Malaysia apabila polis mencari sekumpulan individu untuk memberikan keterangan setelah berhenti di laluan kecemasan untuk bergambar.

Berhenti Di Lorong Kecemasan, Polis Akan Rekod Keterangan Ahli Kelab Kereta

Buat ‘Gathering’ Di Jalan Pintas Temiang, Netizen Tegur Geng Konvoi Honda Civic

Sumber