Setelah Hagia Sophia ditukarkan menjadi masjid pada pertengahan Julai, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kini sedang berkira-kira mahu menukar beberapa gereja lain menjadi masjid.

Menurut keputusan yang dikeluarkan oleh istana presiden minggu lalu, dilaporkan bahawa solat akan diadakan di Gereja Chora atau kini lebih kenali sebagai Muzium Chora dan akan diuruskan oleh Pejabat Urusan Agama Turki (Diyanet).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Muzium ini mempunyai sejarah yang sama seperti Hagia Sophia. Ia dibina oleh Empayar Byzantine pada abad ke-6, kemudian semasa pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, penguasa Grand Vizier Bayezids II, Atik Ali Pasa mengubah gereja tersebut menjadi masjid pada tahun 1511.

Setelah penubuhan Republik Turki, pada tahun 1945, kabinet Turki memutuskan untuk menjadikannya sebuah muzium.

Bekas gereja Chora menjadi tarikan pengunjung disebabkan lukisan dinding dan mosaik yang masih dipelihara dengan baik. Video pengunjung beratur di hadapan muzium kini beredar di media sosial, apa yang jelas, ramai pengunjung hadir bagi merasai pengalaman terakhir sebelum ia ditutup menjadi sebuah masjid.

Apa yang menggusarkan bagi wakil-wakil komuniti Ortodoks Turki adalah penukaran Muzium Chora akan membuka luas ruang perpecahan dikalangan ahli agama di Turki.

Terdahulu, Patriark Bartholomew dari Constantinople, telah menentang penukaraan Hagia Sophia daripada sebuah muzium menjadi masjid dan ura-ura menyatakan bahawa reaksi sama akan turut terjadi jika Muzium Chora ditukar menjadi masjid.

Presiden Persatuan Yayasan Yunani (RUMVADER), Laki Vingas, berkata kepada Deutsche Welle, “Di ibu kota seperti Istanbul, kepelbagaian budaya tidak boleh dipersoalkan,” jelas Vingas, yang juga terlibat dalam persatuan pemeliharaan warisan budaya.

Terdahulu, selepas 86 tahun, Hagia Sophia telah kembali diiktiraf sebagai masjid. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Selepas 86 Tahun, Hagia Sophia Kembali Diiktiraf Sebagai Masjid

Pemimpin Gereja Mahu Hagia Sophia Dijadikan Tempat Ibadah Untuk Penganut Kristian Dan Islam