Sebut mengenai hospital sudah pastinya kebersihan antara yang menjadi keutamaan. Dalam pada itu, siapa sangka kesilapan mampu berlaku menyebabkan orang ramai menggunakan air daripada sumber yang kotor.

Hal ini nampaknya telah berlaku di sebuah hospital di Osaka, Jepun yang dibina pada tahun 1993 di mana pihak hospital ini tanpa sedar sedar telah menggunakan air tandas sebagai sumber minuman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: ABC

Menurut Daily Mail, isu ini berlaku disebabkan terdapat kesilapan sambungan paip di mana 120 paip air yang disalurkan untuk sumber minuman disambungkan daripada air perigi yang digunakan untuk mengepam tandas. Lebih tragis, air daripada perigi berkenaan dilaporkan tidak sesuai untuk diminum seperti yang sudah dilakukan kaki tangan dan pesakit hospital berkenaan.

Isu ini mulai diketahui apabila pihak hospital berkenaan menjalankan proses pembinaan loji rawatan air yang baharu sekaligus memperlihatkan kesilapan sambungan paip yang berlaku sekitar 28 tahun lalu.

Sumber: ABC

Menerusi kesilapan yang berlaku, pihak pengurusan hospital tampil memaklumkan perkara sebenar kepada umum serta membuat permohonan maaf secara terbuka. Pihak mereka sedia untuk memperbaiki kesilapan yang berlaku dan memaklumkan isu seperti ini tidak lagi akan berlaku.

Tular pada minggu ini Imam Besar Al Azhar menolak cadangan untuk menggabungkan Islam, Kristian Dan Yahudi menjadi satu agama.

Imam Besar Al Azhar Tolak Cadangan Gabungkan Islam, Kristian, Yahudi Jadi Satu Agama Ibrahim

‘Diekori’ Rapat Kereta Tidak Dikenali, Perkongsian Detik Cemas Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Dituduh Guna Steroid Untuk Bina Otot, Kim Jong Kook Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Sumber