Bermula dengan sekatan Huawei untuk berdagang di Amerika Syarikat serta akses kepada Huawei seperti Google disekat, siapa sangka perkara ini mampu mengundang kepada sebuah perang dagang yang lebih serius sehingga kini.

Sekatan buat syarikat Huawei ini secara tidak langsung turut menjejaskan ekonomi syarikat ini berikutan arahan daripada presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_6_2_3_4_20784326-8-eng-GB_電子版)サムネイル)ファーウェイ トランプ 米中関税20190516095632
Sumber: asia nikkei

Sebagai tindak balas terhadap sekatan yang dibuat Amerika Syarikat, China melalui laporan daripada Global Times sedia untuk senarai hitam beberapa syarikat dari Amerika Syarikat termasuk Apple, Cisco, Boeing dan Qualcomm. Selain itu, China bakal turut membatalkan pesanan pesawat Boeing sebagai tanda boikot.

Langkah yang dibuat ini sebagai tindak balas terhadap perang dagang yang dimulakan Amerika Syarikat terhadap Huawei.

20134118281352734_20
Sumber: Al Jazeera

Melihat kepada tindakan yang dibuat kedua-dua negara, syarikat-syarikat yang terlibat pastinya akan menanggung kerugian atau mengaut keuntungan yang lebih rendah melihatkan jumlah konsumer yang tinggi di kedua-dua buah negara ini.

Malah, syarikat seperti Apple juga sudah mulai menghasilkan produk mereka di luar China termasuk pengeluaran model AirPods menerusi kilang di Vietnam dalam usaha untuk mengurangkan urusan dengan China.

Untuk pengetahuan, perang dagang antara Amerika Syarikat dan China seolah mencapai titik tengah selepas kedua-dua presiden bertemu pada tahun lalu. Walau bagaimanapun, kehadiran wabak COVID-19 ditambah dengan pelbagai spekulasi dimana Amerika Syarikat mendakwa China sebagai punca wabak ini, hubungan kedua-dua negara ini kini semakin tegang.

Dilaporkan syarikat dari China sedia untuk bergabung dalam bersaing dengan Google. 

Huawei, Xiaomi, Oppo Dan Vivo Sedia Gabung Untuk Bersaing Dengan Google

Tiada Masalah Tanpa Google, HUAWEI Perkenal App Gallery Dengan Fungsi Lebih Menarik!