Seperti yang mungkin anda sudah tonton, Facebook pada hari ini telah mengeluarkan fungsi seumpama Instagram stories iaitu Facebook Stories. Fungsi yang sebelum ini dikeluarkan buat pengguna luar kini boleh dicuba buat pengguna tempat.

Sama juga seperti di Instagram, pengguna boleh memuatnaik gambar atau video khusus untuk tontonan umum dan akan dipadam secara automatic selepas 24 jam. Mungkin sesuai buat mereka yang mempunyai audience atau rakan berbeza di kedua-dua platform ini, fungsi live dan stories dikeluarkan dengan fungsi yang sangat mirip.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang belum mendapatkan fungsi terbaru daripada Facebook ini, pastikan anda kemaskini aplikasi Facebook anda kepada versi terbaru dan nantikan buat sementara waktu. Hal ini kerana fungsi ini dilepaskan secara berperingkat sebelum semua pengguna boleh menggunakannya.

Melihat kepada pengeluaran dua fungsi yang hampir sama tidak termasuk aplikasi Snapchat, nampaknya pengguna selepas ini bakal mempunyai lebih banyak pilihan untuk memaparkan stories sepanjang hari. Anda pilih platform yang mana?