Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Pada minggu ini seiring dengan pelancaran Pokemon Go di Malaysia, Instagram telah melancarkan fungsi baru mereka iaitu Instagram Stories. Pelancaran Instagram Stories dikaitkan dengan Snapchat dimana kedua-duanya menyediakan fungsi yang seakan-akan sama.

Memandangkan Instagram Stories masih baru, kami dapati masih terdapat beberapa bug yang perlu developer Instagram perbaiki untuk menandingi Snapchat. Selain daripada itu, kami agak berpuas hati dengan Instagram Stories sebagai permulaan.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Instagram-Stories-Interface

Terbaru, Instagram memilih langkah yang agak nakal dengan mengumumkan fungsiĀ filter. Menariknya, aplikasi MSQRD yang popular dengan filter janggut dan Robert Downey Junior bakal menjadi pembekal filter buat Instagram Stories.

Untuk permulaan, filter-filter berkaitan Olimpik Rio 2016 bakal diperkenalkan. Pihak Instagram menjangkakan lebih banyak filter bakal diperkenalkan bagi menarik minat orang ramai menggunakan Instagram berbanding Snapchat. Kami masih belum pasti adakah Snapchat mempunyai hak atau tidak untuk menyaman sebuah syarikat besar yang dimiliki oleh Facebook ini.

Dalam pada itu, filter puppy dan bunga masih menjadi filter yang popular dan hangat digunakan di Snapchat. Kemungkinan Instagram perlu hadir dengan filter yang lebih kreatif di masa hadapan untuk menandingi Snapchat.

Adakah anda lebih selesa dengan Instagram stories atau Snapchat? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Oh ya, jangan terlepas ikuti pemburuan southern lights di New Zealand oleh tim Vocket di instagram @thevocket.