Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sejak melangsungkan perkahwinan pada akhir Mac lalu, nama Neelofa bersama pasangannya PU Riz nampaknya tidak lekang daripada menjadi buah mulut netizen selepas didakwa kerap melanggar SOP.
Bermula dengan majlis perkahwinan yang dikatatakan tidak mengikut SOP, diikuti mula dengan rentas negeri ke Langkawi dan seterusnya ke Nilai 3 untuk membeli karpet.
Pada hari ini, Neelofa bersama pasangannya tampil memberi keterangan di IPD Seremban selepas didakwa tidak memakai pelitup muka sewaktu di Mahkamah Majistret Seremban tempoh hari.
Salam @PDRMsia saya rasa ada satu kesalahan melanggar SOP perintah kawalan pergerakan apabila satu kereta ini dinaiki 4 orang.
SOP sebelum 25 hb sepatutnya 3 orang sahaja satu kereta. Betulkan jika saya salah.
OK sekarang buka lagi satu kertas siasatan sampai kiamat. https://t.co/FWVZ7Annbr
— HermyR (@HermyRahim) May 24, 2021
Salam @IsmailSabri60 @KKMPutrajaya @MKNJPM dan @PDRMsia. Adakah SOP dalam kereta hanya boleh 3 orang untuk rakyat marhen miskin sahaja dan tidak diguna pakai pada golongan selebriti/VIP? Sekiranya tidak kenapa tiada saman on the spot padahal ini berlaku DEPAN BALAI? https://t.co/asttO40AFc
— Effi Saharudin 🏴☠️ (@1Obefiend) May 24, 2021
@PDRMsia why is 4 people in a car allowed and why are they not charged ? @my_injustice #marketingfamily #neelofa #whatsnext confirm trying to get more sales. Pls boycott their family products la https://t.co/as4EQjm2WY
— norilita (@norilita1) May 24, 2021
Menerusi video yang dikongsikan Twitter BERNAMA melihatkan Neelofa, PU Riz bersama peguamnya masing-masing memasuki kereta yang sama serta berada di tempat duduk penumpang menjadikan kereta tersebut dinaiki oleh empat individu secara serentak.
Video yang dikongsikan sekaligus menguatkan dakwaan netizen bahawa Neelofa sekali lagi melanggar SOP di IPD Seremban selepas SOP sekadar mengehadkan tiga orang individu dalam sesebuah kenderaan sepanjang PKP.
Mengulas mengenai dakwaan beliau tidak memakai pelitup muka, Neelofa mengatakan tidak banyak yang boleh beliau ulas memandangkan kes beliau masih lagi siasatan.
Respon terbaharu daripada Neelofa
Berikutan isu ini yang sedang tular, Neelofa menerusi page Facebook beliau tampil memberi penjelasan kepada netizen memaklumkan beliau sekadar menaiki kereta bertiga bersama PU Riz dan pemandu.
Beliau dikatakan hanya menumpangkan peguam beliau ke mahkamah bersebelahan yang terletak 50 meter daripada keretanya. Difahamkan Neelofa telah menghubungi pihak IPD Seremban untuk memaklumkan mengenai perkara berkenaan.
Neelofa juga turut memaklumkan pihak polis boleh meneliti semula rakaman CCTV di mana mereka telah menurunkan peguam di perkarangan mahkamah atau di luar balai polis. Beliau berharap penjelasan yang dibuat dapat menjelaskan kepada para netizen mengenai isu yang berlaku.
Ketahui lebih lanjut tujuan Neelofa mengaku tidak bersalah di mahkamah daripada perspektif seorang peguam.
Sudah Ada Bukti Video, Peguam Ini Jelaskan Sebab Artis Mengaku ‘Tidak Bersalah’ Di Mahkamah
Kerap Langgar SOP, Lebih 57,000 Netizen Bersetuju Neelofa Dipenjara Tanpa Kompromi