Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada Januari tahun ini, sebuah drama Korea Selatan bertajuk ‘Itaewon Class’ telah ditayangkan. Drama yang dibintangi aktor kacak, Park Seo-joon tersebut telah mendapat sambutan yang positif dari penonton berikutan nilai-nilai yang baik dan pengajaran tentang bisnes yang telah dipaparkan.

Baru-baru ini, satu lagi drama Korea bertajuk ‘Start-Up’ telah berjaya menarik minat penonton. Berkisarkan tentang pasang surut kehidupan anak muda yang ingin berjaya dalam dunia bisnes, drama ini memfokuskan cerita tentang Seo Dal-mi yang dilakonkan oleh Bae Suzy.

Untitled collage-30
HYPE
15 Senarai Bantuan Ditawarkan Buat Industri Yang Terjejas Semasa PKP Daripada PEMULIH
Baca lagi →

Dal-mi dan Won In-jae yang dilakonkan oleh Kang Han-na merupakan dua beradik yang terpisah setelah ibu bapa mereka bercerai. Bercita-cita untuk menjadi CEO, kedua-dua beradik ini dipertemukan semula apabila mereka bersaing untuk mendapatkan tempat di Sandbox, sebuah syarikat start-up di Korea Selatan.

Selain dari itu, drama ini turut juga menceritakan tentang Nam Do-san, yang dilakonkan oleh Nam Joo-hyuk, pengasas Samsan Tech Group iaitu sebuah syarikat start-up yang memfokuskan kepada Artificial Intelligence (AI). Dal-mi kemudiannya bekerjasama bersama Samsan Tech Group.

Seperti K-drama yang lain, drama ‘Start-Up’ ini juga padat dengan pelbagai elemen yang menarik minat penonton seperti komedi, pengajaran tentang kehidupan, konflik dan cinta tiga segi antara Dal-mi, Do-san dan Han Ji-pyeong yang dilakonkan oleh Kim Seon-ho.

start-up-kdrama-7-768×480

NAM DO-SAN (NAM JOO-HYUK) DAN SEO DAL-MI (BAE SUZY). SUMBER: NETFLIX

Kisah cinta tiga segi antara watak-watak utama cerita ini sering menjadi perdebatan para netizen. Akan tapi, bukan topik itu yang bakal dibincangkan pada hari ini.

Umum diketahui, drama ini mengisahkan tentang kehidupan mereka yang baru ingin berjinak di dalam dunia bisnes. Oleh itu, hari ini kami akan senaraikan 5 sebab kenapa drama ini merupakan drama yang terbaik untuk ditonton buat usahawan muda.

1. Menunjukkan realiti usahawan muda

episode-5-preview-start-up

SUMBER: NETFLIX

Ramai yang bercita-cita untuk mempunyai syarikat sendiri. Akan tetapi, tidak ramai yang sanggup untuk mengharungi susah senang dan pasang surut kehidupan sebagai seorang usahawan. Walaupun drama ini merupakan drama cinta, ia juga menunjukkan gambaran realiti seorang CEO sebuah start-up.

2. Kepentingan memilih CEO yang tepat

suzy-bae-bag-2

SUMBER: NETFLIX

Memulakan bisnes itu mudah. Anda hanya perlu ada modal dan idea untuk memulakannya. Akan tetapi, pemilihan jawatan penting seperti seorang CEO harus dititik beratkan kerana tidak semua orang boleh untuk menjadinya.

Seorang CEO haruslah dipilih berdasarkan kebolehan mereka untuk berfikir jauh, pandai melihat trend semasa, dan tegas dalam membuat keputusan kerana kejayaan sesebuah bisnes tersebut bergantung kepada mereka.

3. Punya strategi yang jelas

SU0506_2

SUMBER: TVN

Spoiler alert buat mereka yang belum menonton drama ini! Drama start-up menunjukkan beberapa kegagalan Samsan Tech Group kerana mereka tidak mempunyai strategi yang jelas.

Oleh disebabkan itu, sukar bagi mereka untuk menjawab soalan pelabur. Bukan itu sahaja, sebelum Samsan Tech Group berjaya masuki Sand Box, syarikat tersebut tidak berjaya meraih keuntungan kerana tiada ‘business plan’.

4. Kepentingan mempunyai mentor

Super95153

SUMBER: LIFESTYLE

Penting buat sesebuah syarikat start-up untuk mempunyai seorang mentor. Dalam drama ini, Han Ji-pyeong merupakan seorang pelabur yang berjaya dan wataknya banyak membantu untuk membimbing Do-san dalam dunia bisnes.

Ini menunjukkan kepentingan seorang mentor yang faham akan dunia yang baru anda ceburi. Selain itu, mereka haruslah merupakan orang yang anda boleh percayai dan memberikan pandangan jujur seperti Ji-pyeong.

5. Kepentingan memilih team yang betul

nam-joo-hyuk-2

SUMBER: SOOMPI

Sebuah syarikat start-up memang sering mengalami masalah untuk berdiri teguh. Oleh itu, adalah penting untuk anda memilih rakan sekerja anda pada fasa awal ini. Begitu mudah untuk merasa bersemangat untuk memulakan sesuatu tetapi sebagai sebuah syarikat yang baru sahaja memulakan langkah, kecekalan dan kerjasama adalah lebih penting. Nilai ini jelas ditunjukkan dalam drama tersebut.

Jadi, jika anda adalah seorang aspiring entrepreneurs seperti watak-watak dalam drama ini, kami sarankan anda untuk menontonnya. Mungkin ada beberapa perkara yang boleh dipelajari?

Khabarnya, ada kelibat pocong dalam drama Start-Up ini nama Kota Kinabalu juga pernah dipetik, klik pada pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Terkejut Dengan Kehadiran ‘Pocong’ Dalam Drama Start-Up

Kota Kinabalu ‘Dipetik’ Dalam Drama Korea Buat Netizen Terkejut Dan Bangga

Anda Mungkin Suka