Ghozali, seorang pemuda asal Indonesia dan pemilik akaun Ghozali Everyday, telah berjaya mengubah kehidupannya berkat daripada jualan gambar swafotonya sendiri. Dia difahamkan telah menjual koleksi swafoto dari tahun 2017 hingga 2021 berasaskan NFT di platform OpenSea.

Menurut laporan Kompas, populariti yang diperoleh oleh Ghozali datang dengan harga yang mahal. Bukan sahaja dia kini bergelar jutawan, namun dia juga terkenal di beberapa negara dan menjadi kegilaan wanita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu acara podcast TS Media, Ghozali sempat bercerita kepada pengacara segmen tersebut bahawa kehidupannya kini berbeza. Selain itu, dia juga mengaku bahawa kini dikejar oleh pelbagai jenis wanita.

Ketika ditanya berapa ramai wanita yang tiba-tiba mendekatinya, Ghozali menggambarkan dengan mengatakan “banyak, sehingga tidak boleh menulis angkanya.” Bagaimanapun, dia mengaku tidak pernah membalas sebarang mesej dari wanita berkenaan sambil mendakwa bahawa dia tahu niat sebenar wanita yang cuba mendekatinya.

Pada Januari lalu, The Vocket melaporkan Ghozali telah memilih untuk mentokenkan sebanyak 933 gambar menjadi NFT yang kemudiannya dijual pada harga 0.001 ETH bersamaan RM13.91 bagi setiap satu. Namun selepas tular, harga karya NFT beliau sudah mencecah sehingga 0.9 ETH (~RM12,461) untuk setiap satu dan jumlah keseluruhan dagangan di OpenSea sudah berjumlah 326ETH (~RM4.3 juta).

Jadikan gambar sebagai NFT, ‘selfie’ harian lelaki ini laris selepas tular di Twitter. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Jadikan Gambar Sebagai NFT, ‘Selfie’ Harian Lelaki Ini Laris Selepas Tular Di Twitter

Selepas Berjaya Menjadi Fenomena, Kini Giliran Ibu Ghozali Pula Menyertai Dunia NFT

Ghozali Umum Sudah Membayar Cukai Hasil Daripada Jualan NFT Kepada Kerajaan Indonesia