Nampaknya kesan pandemik COVID-19 ini sudah mula menunjukkan kesannya terhadap ekonomi dunia dan setempat. Banyak perniagaan dan kehidupan terjejas akibat penularan wabak tersebut.

Sebelum ini, Jazz Hotel di Pulau Pinang telah ditutup dan difahamkan G City Club Hotel yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur turut akan menamatkan operasinya selepas 10 tahun beroperasi.

Keputusan tersebut diambil berikutan kadar penginapan yang rendah sejak beberapa tahun lepas dan pihaknya menerima persaingan sengit daripada hotel-hotel baharu dan pertambahan home to stay di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur (KLCC).

G_Tower_Hotel-Kuala_Lumpur-Hotel_bar-8-537773
Gambar hiasan. Sumber: HRS.com

Menurut G City Club Hotel, kerja-kerja pembinaan jalan dan Projek Transit Aliran Massa (MRT) yang berpanjangan di sekitar KLCC menjadi faktor utama yang mengakibatkan kadar penginapan merosot daripada pelancong santai berikutan kesukaran akses ke hotel tersebut.

Malah, pelaksanaan model aset ringan berasaskan premis hotel dan sewaan yang tidak seperti hotel-hotel lain iaitu model aset pemilikan, turut menyebabkan kos tetap jauh lebih tinggi terutamanya daripada sewaan.

Sukar untuk membuat keputusan ini tetapi pihaknya terpaksa melakukannya. Menurutnya lagi, seramai 79 pekerja akan diberikan notis mengikut syarat-syarat Kontrak Pekerjaan dan dibayar gaji serta manfaat pemberhentian kerja berpandukan Akta Kerja.

Industri perhotelan dan pelancongan kelihatan terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 ini. Diharap, penularan COVID-19 dapat dikekang secepatnya dan ekonomi negara kembali pulih.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Bagi anda yang terlepas berita penutupan operasi Jazz Hotel, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Jazz Hotel Di Pulau Pinang Muncul Hotel Terawal Negara Ditutup Berikutan COVID-19

Bagaimana Rakyat Malaysia Boleh Bantu Bangunkan Semula Ekonomi Negara Selepas COVID-19

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19