Umum tahu pada bulan lalu, telah berlaku pergolakan dalam politik tanah air apabila Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir mengumumkan untuk meletak jawatan. Susulan keputusan yang dibuat, dapat dilihat perpecahan ahli di dalam parti Bersatu dan PKR yang membawa kepada gabungan kerajaan Perikatan Nasional.

Jika sebelum ini, giliran Johor dan Melaka mengalami perubahan kerajaan, nampaknya pada hari ini Perak turut mengalami perkara yang sama selepas Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu serta tiga lagi ahli Bersatu menunjukkan sokongan untuk bergabung dengan parti Umno dan PAS bagi membentuk kerajaan negeri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Ipoh
Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu. Sumber: the star

Berdasarkan keputusan yang dibuat, parti gabungan Pakatan Harapan terpaksa akur dengan keputusan berdasarkan jumlah kerusi ahli parlimen di negeri Perak.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dilaporkan sedia memohon perkenan untuk mengadap Sultan Perak bagi memaklumkan perkara ini. Difahamkan Ahmad Faizal Azumu masih lagi memegang jawatan Menteri Besar Perak di bawah kerajaan Perikatan Nasional setakat ini.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim telah mengambil tindakan pantas dalam menitahkan untuk membentuk gabungan baharu bagi negeri Johor.

Pakatan Harapan Tumbang Di Johor, Sultan Ibrahim Titah Bentuk Gabungan Baharu

Muhyiddin Yassin Dilantik Perdana Menteri Ke-8

Sumber