Tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan ramai yang shopping online. Buat anda yang tertanya-tanya di mana barangan anda tidak kunjung tiba, ini mungkin jawapan kepada persoalan anda.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter @nunnajmeen mendakwa bahawa perkhidmatan pos dan Pos Laju tidak akan beroperasi di beberapa kawasan zon merah.

https://twitter.com/nunnajmeen/status/1247813009797308417

Ini bermaksud parcel anda tidak akan dihantar jika kawasan anda tersenarai dalam kawasan zon merah. Tambahnya lagi, barang yang beliau cuba hantar menggunakan pos laju ditolak kerana poskod penerima berada dalam zon merah.

1

2

Beliau mengatakan bahawa senarai ini ditampal oleh pihak pejabat pos semalam. Adakah pejabat pos anda turut tampal notis seperti ini? Walau bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi dari pihak Pos Malaysia ketika ini berhubung perkara tersebut.

Jika parcel anda tidak lagi dihantar dan anda berada dalam zon merah, cuba hubungi pihak Pos Malaysia untuk maklumat lanjut di talian 1-300-30-0300 atau di laman sosial Pos Malaysia di Twitter atau Facebook.

Kemaskini: Kami telah mendapat maklum balas daripada jurucakap Pos Malaysia sebentar tadi dimana perkhidmatan Pos Laju masih beroperasi seperti biasa, kecuali di kawasan-kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pihak Pos Malaysia juga meminta orang ramai untuk merujuk kepada saluran media sosial rasmi Pos Malaysia untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, jika anda menghantar barang menggunakan J&T Express, anda mungkin perlu semak jika barang anda akan dihantar selepas Perintah Kawalan Pergerakan atau tidak. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Netizen Laporkan J&T Express Henti Penghantaran ‘Parcel’ Ke Beberapa Negeri?

Tular Video Jual Rokok Seludup, Pihak Berkuasa Mula Buat ‘Spot Check’ Beg Penghantar Makanan