Richard Branson yang merupakan bilionair dan pemilik syarikat Virgin Galactic telah menjadi bilionair pertama di dunia terbang ke angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa buatan syarikatnya pada Ahad lalu.

Difahamkan, beliau bersama dua juruterbang dan tiga lagi penumpang yang kesemuanya kakitangan syarikatnya berada di angkasa lepas selama beberapa minit sebelum ia mendarat semula ke bumi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas kejayaan ‘space tour’, Richard Branson dikatakan bercita-cita mahu membina sebuah hotel di bulan suatu hari nanti dan ia adalah sesuatu yang telah diimpikan lama olehnya.

Untuk makluman, beliau sebelum ini adalah pemilik syarikat tambang murah Virgin Atlantic tetapi menjual saham-sahamnya dalam syarikat itu ekoran pandemik COVID-19 dan kini terlibat dalam bidang pelancongan angkasa lepas.

Difahamkan, satu tiket ke angkasa lepas dengan menggunakan kapal angkasa tersebut dianggarkan berharga AS$250,000 (RM1 milion) seperti perjalanan yang dilakukan oleh Richard Branson.

Tahukah anda bahawa hotel di angkasa lepas pertama akan siap pada tahun 2027? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Hotel Angkasa Lepas Pertama Lengkap Dengan Pawagam Dijangka Siap Sekitar 2027

Pembida Ini Sanggup Bayar RM115 Juta Semata-Mata Untuk Ke Angkasa Lepas Bersama Jeff Bezos

Wanita Ini Tunjuk Cara Bagaimana Angkasawan Buang Air Di Angkasa Lepas

Sumber