Sebelum ini, perniagaan Mila Jirin mengalami kerugian akibat penularan wabak COVID-19. Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan menjual kek untuk membayar gaji pekerjanya.

Untuk pengetahuan anda, Mila Jirin terpaksa menanggung kos pengurusan dan gaji pekerja hampir RM200,000 sebulan. Terbaharu, Mila Jirin berkongsi di Instagram miliknya bahawa kini beliau menjual durian pula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, beliau tidak malu untuk mengaku dirinya kini usahawan buah durian demi untuk memastikan para pekerjanya mendapat pendapatan bulanan seperti kebiasaannya.

Difahamkan bahawa beliau menjual durian di Puchong, Selangor. Bagus inisiatif yang dilakukan oleh Mila dan juga pekerjanya. Semoga segala usaha membuahkan hasil.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Mila Jirin pada pautan di bawah ini.

Syarikat Mengalami Kerugian, Mila Jirin Terpaksa Jual Kek Untuk Bayar Gaji Pekerja

Tuah Bisnes Majlis Perkahwinan, Mila Jirin Kini Miliki 10 Aset Hartanah