Sejak meninggalkan iKON pada tahun 2019 yang lalu, kemunculan semula bintang K-Pop ini memang sering dinantikan oleh peminatnya. Setiap tindak-tanduk atau berita tentang selebriti tersebut dipantau rapi oleh peminatnya dengan harapan agar rapper berbakat ini akan kembali ke industri seni.

Lebih memilih untuk bersikap low profile mengenai perkembangan terbaharunya, peminat B.I atau nama sebenarnya Kim Han-bin, boleh menarik nafas lega selepas berita tentang perlantikan selebriti tersebut sebagai direktor eksekutif buat agensi IOK Company dikeluarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, masih ramai lagi daripada kalangan peminatnya yang berharap agar rapper tersebut akan kembali ke industri seni seperti dahulu.

Ternyata harapan peminat rapper yang berumur 24 tahun tersebut telah menjadi kenyataan selepas teaser untuk album terbaharu kumpulan EPIK HIGH dikeluarkan semalam.

Bagi menyambut album mereka yang ke-10, kumpulan K-Hip hop tersebut telah memilih untuk berkolaborasi bersama bintang-bintang K-Pop ternama seperti CL, ZICO dan G Soul.

Namun, apa yang menarik perhatian peminat ialah apabila nama B.I turut sama tersenarai dalam album tersebut.

Kemunculan semula B.I ke industri ternyata menggembirakan para peminatnya sehinggakan nama beliau sempat trending di Twitter malam semalam.

Memandangkan sudah hampir setahun lebih selepas rapper tersebut mengeluarkan lagu baharu dendangannya, rata-rata peminat memang tidak sabar untuk menyambut kepulangan B.I ke industri seni.

Di samping itu, ramai dari kalangan peminat rapper tersebut turut menzahirkan kegembiraan mereka di laman media sosial masing-masing.

https://twitter.com/B0Bjuseyo_/status/1348558575954657283

Difahamkan, bahagian pertama album tersebut bakal dikeluarkan pada 18 Januari 2021. Jadi kepada peminat B.I, cuma tinggal beberapa hari lagi sahaja sebelum anda boleh mendengarkan suara rapper berbakat ini lagi!

Baca perkongsian menarik yang lain dari kami tentang K-Pop dan K-Drama melalui pautan di bawah.

Tinggalkan JYP Entertainment, Yugyeom GOT7 Memilih Untuk Bersama AOMG Entertainment

‘Paksa Krew TV Makan Belacan Mentah’- Netizen Terhibur Lihat Gelagat Maryam Dalam Program Puncline DAC