Selepas mendapat kejutan dari pihak Istana Negara dengan agihan KFC dan McDonalds sebelum ini, kini petugas media dikejutkan pula dengan kehadiran lori Milo bagi menemani mereka ketika membuat liputan semasa keadaan politik negara.

Sebelum ini, petugas-petugas media ini diberikan hidangan KFC oleh staf istana sebelum Yang di-Pertuan Agong sendiri mencemar duli untuk mengagihkan Mc Donalds kepada mereka di hadapan perkarangan istana pada semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi, siapa sangka hari ketiga mereka di sana kini bertambah baik selepas satu perkongsian di laman Twitter oleh @Abdullah_karim memuat naik gambar yang menunjukkan lori Milo kegemaran rakyat Malaysia juga berada di sana hari ini.

Bagi anda yang masih tidak tahu, petugas-petugas media ini sudah berkumpul sejak beberapa hari lalu di hadapan Istana Negara bagi membuat liputan semasa perkembangan politik negara yang kini menjadi topik hangat selepas Dr Mahathir meletakkan jawatannya.

Selain McDonalds dan KFC, beberapa syarikat lain juga turut membuat kejutan seperti Tune Talk tampil bagi menemani rakan-rakan media yang bertugas bagi mendapatkan info dan maklumat terkini.

Selepas dua hari, petugas-petugas media masih lagi berkampung di hadapan Istana Negara selepas Yang di-Pertuan Agong pada semalam memanggil kesemua ahli parlimen untuk hadir ke Istana Negara bagi mengadakan sesi temu bual secara individu.

Sesi temu bual tersebut adalah dipercayai untuk membincangkan perkara penting bagi menentukan pentadbiran negara selepas Dr Mahathir Mohamad sebelum ini meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri Malaysia yang ketujuh.

Baca dengan lebih mengenai perkembangan semasa landskap politik negara kita melalui perkongsian kami sebelum ini. Klik pautan untuk membaca. 

Bakal Adakan Sesi ‘Interview’ Secara Peribadi, Yang di-Pertuan Agong Mahu Bertemu Kesemua Ahli Parlimen

Tiada PM Ke-8 Setakat Ini, Tun Mahathir Dilantik Perdana Menteri Interim

Kemelut Politik Di Malaysia, Bagaimana Dunia Luar Melihat Kita?