Nama Zul Yahya menjadi sebutan ramai baru-baru ini apabila beliau mengambil keputusan berhentikan anaknya daripada terus belajar di sekolah dan juga merupakan golongan anti vaksin.

Belum reda kontroversi yang menimpanya, Zul Yahya yang juga seorang pelakon ini enggan namanya dikaitkan lagi dengan tabligh demi menjaga nama baik jemaah tersebut.

https://www.instagram.com/p/CMC1Il7AI1I/

Tambahnya, banyak perkara yang dipelajari oleh Zul sepanjang bersama dengan jemaah tabligh dan berharap dirinya akan terus istiqamah. Menurutnya, beliau tidak berpecah atau mempunyai masalah dengan jemaah tabligh sehingga mengeluarkan kenyataan terbabit.

Lantaran perkongsian tersebut, rata-rata netizen berasa terkejut dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada segelintir netizen tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan dan ada juga yang meminta agar Zul kekal tabah.

zul1

zul2

zul3

Pastinya kenyataan Zul menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan tidak dapat dinafikan ramai mempersoalkan tindakan yang diambil olehnya. Apakah pula pendapat anda akan isu ini?

Tahukah anda bahawa geng Isarb telah memukul seorang lelaki ketika bermain futsal? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Koyak Main Futsal, 25 Geng Isarb Hafiz Balun Seorang Lelaki?

Mahu Pertahankan Maruah Keluarga, Ali Puteh Dedah Kes Saman Isteri Arwah Abam Bocey Bermula

Kena ‘Reject’ Sebab Dapur Buruk, Cara YouTuber Ini Terima Kritikan Dipuji Netizen