Selepas lama mendiamkan diri atas alasan untuk berehat seketika di dalam dunia lakonan, Jim Carrey nampaknya kembali untuk mengubat kerinduan para peminat di dalam siri ‘Kidding’.  Di dalam siri ini Jim Carrey bakal memegang watak sebagai ‘Mr. Pickles’ yang sedang mengalami krisis di dalam hidupnya selepas gagal dalam perniagaan.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan pertama kali sepanjang dua dekad karier Jim Carrey beliau kembali semula berlakon dalam siri sitcom. Tonton video ini untuk melihat telatah Jim Carrey yang lebih matang di dalam siri ini. Siri ini bakal ditayangkan secara rasmi pada 9 September ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →