Umum mengetahui, 16 September ini Pulau Langkawi bakal dibuka semula kepada pelancong tempatan. Malah, tempahan hotel-hotel di Langkawi turut hampir penuh menunjukkan ramai orang sudah tidak sabar untuk melancong.

Menurut laporan, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi mengatakan bahawa Pulau Pangkor akan menjadi destinasi seterusnya yang dijangka bakal dibuka kepada pelancong yang telah menerima vaksin lengkap pada 1 November 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, keputusan akhir masih tertakluk kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara. Maklumat terkini yang diterima, penduduk di Pulau Pangkor belum memenuhi syarat peratusan vaksinasi yang diperlukan.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Pangkor mempunyai populasi seramai 11,500 orang dan untuk mencapai imuniti kelompok di sana, seramai 8,026 orang perlu menerima vaksin lengkap.

Pada Julai lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Syukri berkata bahawa Pulau Pangkor telah pun dipilih untuk menjadi salah satu destinasi Fasa 2 Program Destinasi Bebas Covid-19 oleh MOTAC bersama pulau-pulau lain seperti Redang, Perhentian dan Tioman.

Sementara itu, ketahui garis panduan sebelum anda ke Pulau Langkawi agar tiada halangan dan masalah.

Langkawi Bakal Dibuka Semula Kepada Pelancong, Ini Garis Panduan Yang Perlu Anda Ketahui

Tempahan Hampir Penuh, Hotel 5 Bintang Di Langkawi Menjadi Rebutan Pelancong Selepas Pengumuman Pembukaan

Pulau Pangkor Bakal Menjadi Pulau Bebas Cukai Menjelang 2020