Sebut sahaja nama Jackie Chan, pastinya ramai yang akan teringat dengan aksi hebat dalam setiap filem yang dilakonkan beliau. Jackie juga pernah berlakon di Malaysia dalam filem Police Story 3 pada tahun 1992. Kalau anda tidak pernah tengok, anda kena cari filem ini.

Selepas berkecimpung dalam dunia seni selama lebih 52 tahun, akhirnya Jackie Chan dianugerahkan anugerah Oscar pada hari Sabtu yang lalu. Pelakon berusia 62 tahun yang tidak pernah lekang dengan senyuman itu berasa sangat gembira dengan pengiktirafan itu dan menyatakan anugerah Oscar adalah antara salah satu anugerah yang diidamkan beliau sejak dari kecil lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Jackie Chan dan Michelle Yeoh (Police Story 3)
Jackie Chan dan Michelle Yeoh (Police Story 3)

Anugerah itu disampaikan ketika majlis Eighth Annual Governors Awards dan aktor Tom Hanks, Michelle Yeoh dan Chris Tucker menjadi penyampai anugerah tersebut kepada Jackie. “Governors Awards adalah majlis untuk mengangkat persembahan seseorang artis yang selama ini tidak mendapat perhatian di mata juri Oscars. Kita tahu Jackie seorang yang ‘Chan-tastic’ kerana berani melakonkan sendiri semua aksi lasak beliau untuk mengembirakan penonton,” kata Tom Hanks.

“Selepas 56 tahun di dalam industri filem dengan lebih 200 filem, selepas banyak tulang yang patah, akhirnya saya dapat juga anugerah ini,” kata Jackie. Beliau turut berterima kasih kepada pihak produksi di Hong Kong yang sentiasa menyokong beliau di awal kariernya dan semua yang terlibat sepanjang perjalanan seninya.

Anda boleh lihat ucapan penuh Jackie dalam video di bawah. Terima kasih Jackie Chan kerana filem-filem yang hebat selama ini! Apa filem Jackie Chan kegemaran anda?

Sumber