Sebelum ini, Daebak tampil dengan mi segera yang dikenali sebagai Daebak ‘Ghost Pepper’ Spicy Chicken. Kami juga pernah mencuba kepedasan mi segera itu dahulu.

Lebih menarik, Daebak kini perkenalkan Cola ‘Ghost Pepper’ edisi terhad sempena Halloween. Mesti ramai tertanya-tanya bagaimana gabungan rasa air cola bersama ghost pepper. Pelik tapi macam nice untuk cuba!

THE DYNAMIC COMBO! The all NEW Limited Halloween Edition Daebak Ghost Pepper Cola & Ghost Pepper Spicy Chicken…

Posted by Daebak Foods Malaysia on Monday, October 5, 2020

Untuk pengetahuan anda, minuman ini dijual dalam set dimana anda akan mendapat mi segera Spicy Chicken Ghost Pepper beserta Cola Ghost Pepper pada harga RM8.90 sahaja.

Anda yang berminat untuk mencuba gabungan kepedasan mi segera dan minuman ini boleh dapatkan secara eksklusif di 7-Eleven terdekat anda sementara stok masih ada. Jom cuba!

Sementara itu, Tealive juga muncul dengan mi segera boba. Klik pautan di bawah untuk baca ‘review’ kami.

Pelik Dan Rasa Keliru, Ini Ulasan Jujur Kami Bila Cuba ‘Spicy Mi Boba’

Pedas Sangatkah Mi Kering Hitam Daebak ‘Ghost Pepper’ Ini?

 

Anda Mungkin Suka