Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika sebelum jam tangan G-Shock dengan model GA-2100-1A1 yang hadir dengan warna Blackout pernah mencipta fenomena sekaligus melonjak harganya selepas disarung Tunku Mahkota Johor (TMJ), terbaharu sebuah lagi model sudah mulai menjadi buruan selepas baru sahaja disarung oleh baginda.

Menerusi perkongsian TMJ pada Instagram Stories baginda, jam tangan G-Shock yang disarung TMJ baru-baru ini merupakan model GA-2100SKE-7ADR atau lebih popular dikenali sebagai G-Shock Skeleton.

photo6255638850835688356

Sumber: instagram hrhcrownprinceofjohor

photo6255638850835688357

Sumber: instagram hrhcrownprinceofjohor

Hadir dengan rekaan muka jam berwarna hitam serta tali jam yang berwarna jernih sekaligus membuatkan model ini tampil unik berbanding model-model keluaran G-Shock yang lain. Menariknya, siri GA-2100 juga sudah mulai dikenali sebagai siri TMJ dalam komuniti G-Shock di Malaysia.

Mengulas dari segi harga, kami dapati model G-Shock Skeleton yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM549 sehingga RM749 dijangka bakal mengalami peningkatan harga yang mendadak selepas disarung TMJ.

Sebagai rekod, jam tangan G-Shock Blackout yang pernah disarung TMJ pada tahun lalu menerima peningkatan harga sehingga dua kali ganda membuatkan model ini ditawarkan dengan harga sehingga RM1,500. Melihat kepada pengaruh TMJ yang besar, tidak mustahil model ini bakal mengulangi trend yang sama.

Selain TMJ, jam tangan yang disarung Menteri Kewangan, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul juga menarik peminat untuk mendapatkannya sekaligus membuatkan model ini ditawarkan pada harga yang tinggi.

Selepas G-SHOCK TMJ, Tular Pula Model GA-2000S Yang Dipakai Tengku Zafrul

Jam G-SHOCK ‘Belanjawan 2021’ Tengku Zafrul Kini Jadi Buruan

Anda Mungkin Suka