Sekiranya anda masih ingat, akhir tahun lalu komuniti Islam digemparkan apabila aplikasi Muslim Pro yang digunakan umat Islam untuk menyemak waktu solat dan arah kiblat dilaporkan menjual data pengguna kepada pihak ketiga.

Berita yang dikeluarkan sekaligus telah mendesak orang ramai untuk membuang aplikasi berkenaan daripada telefon pintar serta memilih altenatif lain bagi mengelakkan daripada data pengguna dicuri.

unnamed

Hampir dua bulan berlalu, Vice melaporkan sebuah lagi aplikasi waktu solat turut menjalankan modus operandi yang sama. Aplikasi yang dinamakan sebagai Salaat First dilaporkan menjual data pengguna kepada syarikat berkait dengan Amerika Syarikat. Lebih membahayakan, aplikasi ini turut berkongsi lokasi pengguna kepada pihak ketiga.

Setakat ini, Salaat First telah dimuat turun lebih 10 juta kali pada platform Android di mana data pengguna telah dijual kepada agensi yang dinamakan sebagai Predicio. Dalam pada itu, pengguna iOS yang menggunakan aplikasi ini masih boleh menarik nafas lega apabila platform tiada kebocoran data dilaporkan setakat ini.

Berdasarkan isu kebocoran data yang berlaku, orang ramai dinasihatkan untuk beralih kepada aplikasi waktu solat daripada pembangun Malaysia yang lebih selamat iaitu MySolat bagi mengelakkan sebarang perkongsian data terhadap pihak ketiga.

Tular pada November lalu apabila aplikasi Muslim Pro dilaporkan menjual data pengguna kepada tentera Amerika Syarikat.

Aplikasi Muslim Pro Jual Data Pengguna Kepada Tentera Amerika Syarikat?

Akui Miliki Hubungan Urusniaga Bersama X-Mode, Muslim Pro Nafi Jual Data Kepada Tentera Amerika Syarikat

Anda Mungkin Suka