Burger Ramly memiliki peminatnya dan dekat dalam hati rakyat Malaysia. Bukan sahaja sedap tetapi harganya yang murah menjadi pilihan utama ramai orang.

Sebelum ini, Darren Cronian yang merupakan seorang YouTuber dari Greece sanggup terbang ke Malaysia semata-mata kerana rindukan nasi lemak. Terbaharu, beliau berkongsi di Twitter miliknya bahawa beliau akan datang semula ke Malaysia untuk mencuba burger Ramly.

https://twitter.com/remotedarren/status/1206148337222717441

Menerusi perkongsiannya, beliau menerima video daripada host Airbnb beliau ketika di Kuala Lumpur yang menunjukkan bagaimana burger tepi jalan dipanggang. Video berkenaan menurutnya berjaya buat beliau terliur.

Berikutan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mengatakan beliau perlu mencuba burger Ramly apabila berkunjung ke Malaysia kelak. Malah, ramai yang mempromosikan burger jalanan untuk beliau cuba.

https://twitter.com/remotedarren/status/1206463274734301184

https://twitter.com/remotedarren/status/1206248589736992768

https://twitter.com/remotedarren/status/1206157652704800768

Burger Ramly adalah pencetus revolusi burger jalanan di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Ramly Burger’ Pencetus Revolusi Burger Jalanan Di Malaysia

Ketahui Sejarah Burger Sehingga Menjadi Kegemaran Orang Ramai Seluruh Dunia

YouTuber Dari Greece Sanggup Terbang 9,600KM Ke Malaysia Kerana Rindukan Nasi Lemak