Jika pada minggu lalu disahkan sebahagian konsol Nintendo Switch dihasilkan di Malaysia, pada minggu ini dilaporkan Apple Mac Mini M1 juga turut dibuat di Malaysia.

Menurut laporan daripada LowyatNET, Apple Mac Mini yang sebelum ini dihasilkan di China melalui syarikat Foxxconn kini telah mulai menambah lokasi pemasangan dengan adanya anak syarikat di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ezgif-6-939f4646f859
Sumber: 9to5Mac

Melihatkan kepada situasi Nintendo Switch sebelum ini, kilang Sharp yang berada di bawah syarikat Foxconn diberi kepercayaan untuk menghasilkannya. Hal ini sekaligus membuatkan orang ramai percaya model baharu Apple ini turut dihasilkan di kilang yang sama.

Berdasarkan harga penjualan, Apple sedia menawarkan Mac Mini M1 dengan harga bermula daripada RM2,999. Dalam pada itu, masih belum diketahui sama ada pasaran tempatan bakal menerima Mac Mini yang dihasilkan di China atau Malaysia. Begitu juga dengan tarikh penjualan rasmi model ini.

Ketahui juga mengapa Apple pilih waktu 10:09 pada setiap kali pelancaran Apple Watch.

Mengapa Waktu 10:09 Sering Dipaparkan Di Apple Watch Untuk Tujuan Promosi?

Nintendo Pilih Malaysia Sebagai Pengeluar Terbaru Konsol Switch

Sumber