Seorang bos kartel dadah Mexico yang sedang menjalani hukuman penjara setelah memenggal kepala 12 orang telah didapati maut akibat COVID-19.

Moises Escamilla May, bos kartel dadah terkenal di Mexico, meninggal dunia setelah dijangkiti wabak COVID-19 di penjara. Lapor BBC, Escamilla yang berumur 45 tahun adalah pemimpin Los Zetas, sebuah kartel dadah yang ditakuti di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia menjalani hukuman penjara 37 tahun setelah melakukan jenayah terancang, termasuk peranannya dalam memenggal kepala 12 orang di Yucatan.

Escamilla, juga dikenali sebagai Gordo May (Fat May), mengetuai kumpulan “Old Style Zeta” yang merupakan sebahagian daripada kartel Los Zetas Mexico. Dia adalah pembekal utama kokain di Cancun, kepakarannya adalah menyeludup dadah melalui laluan maritim dari Amerika Tengah ke resort pantai yang terkenal.

Dia juga telah menguruskan rangkaian informasi yang merangkumi anggota pasukan polis tempatan. Ketika dia ditangkap pada tahun 2008 dengan 8 orang anak buahnya, kumpulannya adalah organisasi jenayah terkuat di daerah Cancun.

Escamilla dipandang sebagai tahanan yang sangat berbahaya, hingga dia diletakkan di dalam penjara dengan penjagaan paling maksimum di Puente Grande.

Dia mengalami masalah pernafasan pada 6 Mei dan meninggal 2 hari kemudian, tetapi pihak berkuasa hanya mengumumkan kematiannya pada hari Ahad yang lalu.

Setakat hari ini, lebih daripada 3,450 orang telah mati akibat COVID-19 di Mexico, menurut data dari Universiti Johns Hopkins.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengingatkan bahawa penjara di Amerika Latin yang padat dapat menjadi sarang COVID-19 kerana sukar untuk menerapkan jarak sosial.

Undang-undang amnesti yang diluluskan di Mexico membenarkan beberapa tahanan dibebaskan untuk mengurangkan kesesakan penjara semasa wabak. Namun, keputusan ini dikritik oleh aktivis, kerana tidak membuat perbezaan yang signifikan.

Untuk bacaan lanjut mengenai kartel dadah Mexico, klik pautan di bawah.

Kanak-Kanak Mexico Dipaksa Berhenti Sekolah, Sertai Militia Pertahan Kampung Daripada Kartel Dadah

Anak Perempuan El Chapo Dan Kartel Dadah Mexico Turun Padang Bantu Penduduk Terjejas Akibat COVID-19

Serius Ganas, Kisah Kartel Sinaloa Yang Buatkan Kerajaan Mexico Kecut Perut

Sumber