Pada minggu lalu, arena pemotoran tempatan dikejutkan dengan berita Petronas mengundurkan diri daripada menaja pasukan Sepang Racing Team (SRT) pada penghujung musim MotoGP 2021.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif turut mengesahkan Sepang International Circuit turut mengambil keputusan yang sama untuk menarik diri daripada menjadi penaja pasukan SRT bermula musim hadapan.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →
vocket-sic-sepang-racing-team-srt-1

Sumber Gambar: Harian Metro

“Kami sudah bersetuju untuk Datuk Razlan (Prinsipal Pasukan SRT) membawa pasukan di MotoGP secara persendirian.

“Ini bermakna pasukan (SRT) akan bergerak asing daripada SIC. Jadi SIC tidak ada pasukan di MotoGP pada tahun depan,” katanya dalam satu sidang media secara maya baru-baru ini.

Tambah Azhan lagi, kemungkinan yang SRT perlu membuat proses penjenamaan semula nama pasukan selepas ini namun ia terpulang kepada keputusan Razlan sendiri.

“Mungkin akan ada juga proses penjenamaan semula pasukan selepas ini tetapi itu masih lagi dalam perbincangan. Masih belum ada kata putus daripada SIC dan SRT. Jadi untuk nama (SRT) itu, saya rasa kita minta Datuk Razlan menjelaskan bagaimana pasukannya tahun depan.

“Buat masa ini, masih dalam peringkat perbincangan mengenai nama itu dan tidak menolak kemungkinan SIC bakal kembali tampil dengan pasukan baharu di Kejuaraan Dunia MotoGP dalam tempoh lima tahun akan datang,” terangnya lagi.

vocket-sic-sepang-racing-team-srt-2

Sumber Gambar: Yamaha Racing

Beliau turut memberikan pendapat peribadi di mana antara bakat Malaysia dan Eropah, Malaysia masih jauh ketinggalan tetapi Azhan yakin negara ini dapat terus membangunkan bakat yang berdaya saing ke peringkat dunia.

Azhan turut berharap akan ada lebih banyak kolaborasi dengan pihak lain supaya Malaysia boleh mewujudkan lebih banyak bakat dan tidak mustahil pasukan Malaysia dapat mengikuti acara Kejuaraan Dunia MotoGP lagi sebagai pencabar utama pasukan antarabangsa yang lain.

Berita Petronas menarik diri daripada menaja pasukan SRT telah mengejutkan ramai. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Petronas Tarik Diri Daripada Menaja Pasukan ‘Sepang Racing Team’

Petronas SRT Tidak Tolak Kemungkinan Bergabung Dengan Valentino Rossi Di MotoGP

Giliran Bahasa Melayu Buat Kemunculan Di MotoGP Selepas Pelumba Dan Pasukan Dari Malaysia

Anda Mungkin Suka