Sehari dua ini Facebook Group ‘Myvi Buat Hal Apa Hari Ini’ dikejutkan dengan rakaman dashcam sebuah Myvi melanggar bahagian belakang kenderaan lain sehingga berpusing terbalik di tengah-tengah Lebuh Raya Maju (MEX) susur keluar menuju ke Seri Kembangan.

Di bahagian awal video rakaman berdurasi sekitar 44 saat itu menunjukkan Myvi kuning tersebut memecut laju untuk memotong dengan menyelit beberapa buah kenderaan dari laluan kiri ke kanan lebuh raya sebelum menyondol bahagian belakang sebuah kereta lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Impak pelanggaran tersebut telah menyebabkan Myvi itu berpusing dan terbalik beberapa kali di tengah-tengah lebuh raya, lalu berhenti berputar kembali ke posisi asal di lorong kecemasan lebuh raya tersebut.

Pemanduan berbahaya pemandu Myvi itu menyebabkan orang ramai berasa kurang senang dan marah kerana atas sebab kecuaian diri sendiri telah menyebabkan kemalangan berlaku.

Orang ramai juga tertanya-tanya apakah model kereta yang dilanggar oleh Myvi tersebut kerana kereta itu masih boleh bergerak sejauh beberapa puluh meter sebelum pemandu memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Semasa dirempuh juga, rakaman video dashcam menunjukkan kereta tersebut masih stabil dan steady umpama dilanggar oleh kenderaan yang lebih kecil berbandingnya.

Sumber Gambar: Facebook Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?
Sumber Gambar: Facebook Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?
Sumber Gambar: Facebook Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?
Sumber Gambar: Facebook Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?
Sumber Gambar: Facebook Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?
Sumber Gambar: Facebook Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?

https://www.youtube.com/watch?v=otjJO3e0rjU

Memetik perkongsian laman PanduLaju, rakaman video tersebut dikongsikan oleh sahabat kepada pemilik hantaran asal di Facebook Group tersebut. Lelaki itu menyatakan sahabatnya memandu model MPV Honda FR-V semasa kejadian tersebut berlaku.

Kemalangan itu telah menyebabkan kereta MPV mangsa mengalami kerosakan pada bahagian rim kanan belakang bengkok dan tayar pancit, serta panel fender sisi remuk agak teruk.

Tambah lelaki itu lagi, semasa dia sampai ke lokasi kejadian pemandu Myvi tiada di tempat kejadian. Manakala penumpang Myvi pula mengalami kecederaan yang agak teruk.

Semoga kesemua pihak yang terlibat kembali pulih seperti biasa dan menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin.

Oleh sebab Myvi sering dilihat sentiasa ‘buat hal’ di jalanan, netizen telah ‘abadikan’ kisah-kisah Myvi di satu Facebook Group khas. Lihat lebih lanjut mengenai Facebook Group tersebut melalui pautan di bawah.

Laman ‘Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?’ Jadi Medan Kongsi Gelagat Myvi Di Jalanan

Orang Ramai Pelik Bagaimana Myvi Ini Boleh Tersangkut Pada Tebing Jalan

Celoteh Wanita Ini Ketika Rakam Insiden Myvi Langgar Myvi Buat Netizen Terhibur

Sumber