‘Perlawanan’ di antara Hot Burger Malaysia dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah memasuki episod baharu apabila terdapat beberapa gerai peniaga kecil yang telah diambil tindakan perobohan kerana gagal mendapat kelulusan MBSA.

Susulan daripada kejadian tersebut, terbaharu pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) turut mengambil tindakan yang sama apabila telah bertindak merobohkan beberapa binaan yang tidak mendapat kelulusan MPS.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

MPS telah bertindak atas kapasiti yang diberikan di dalam Seksyen 46 (1) a (Roboh dan Pindah Halangan) – Akta Jalan, Parit Dan Banggunan 1974 dengan dibantu oleh seorang pegawai dan 30 anggota.

Melalui perkongsian yang dibuat di laman Facebook rasmi MPS, perobohan dilakukan terhadap beberapa garaj kereta di kawasan perumahan yang dibina tanpa kelulusan MPS.

OPERASI TINDAKAN MEROBOH STRUKTUR GARAJ DI MATANG JAYA, MATANG PAGAR, SG. BULUHTARIKH : 12.08.2020 (Rabu)TINDAKAN …

Posted by Department of Enforcement and Security, MPS on Wednesday, 12 August 2020

Kebanyakan orang ramai mengkritik tindakan MPS ini apabila sesetengah daripada mereka mencabar pihak MPS untuk bertindak lebih adil dengan mengambil tindakan terhadap beberapa kawasan lain.

“Menggila buat operasi, khususnya kepada melayu, tokey judi senang lenang sampai hari ini bebas, warga asing pun bersepah lagi bebas buka kedai runcit,” kata Roshanizam Zainal Abidin

Manakala Azhar Aziz dalam hantaranya menyatakan, “Balas dendam tak kena tempat, rakyat tempatan yang jadi mangsa, semuanya nak diroboh, kedai warga asing cuma disita tak diroboh dan pesalah tak ditahan, sikap pilih kasih buat rakyat meluat, dah jadi macam cerita Tamil, yang patut dibela pulak kena tempias, agak2 la kalau nak tunjuk rajin”

“Ini tak mengganggu lalu lintas. Yang di report rokok seludup dan judi, yang diroboh dan jadi mangsa penduduk warganegara. Memang ni balas dendam ni,” kata Remy Punya.

"Tindakan Balas Dendam MBSA kepada semua peniaga jalanan Sg.Buloh???"Kami Peniaga Sungai Buloh menyokong tindakan Abg…

Posted by Plonxbox on Monday, 10 August 2020

Semalam, melalui perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Plonbox. Dia mendedahkan bahawa MBSA telah mengambil tindakan meroboh beberapa premis di kawasan sekitar Sungai Buloh.

Tindakan itu nampaknya kurang disenangi oleh penduduk di sana apabila mereka hanya diberi notis 24 jam dan pihak MBSA tidak mengendahkan rayuan mereka untuk diberi lebih masa.

Terdahulu, MBSA telah bertindak merobohkan premis peniaga lain selepas isu Hot Burger Malaysia viral. Klik pautan di bawah untuk membaca.

MBSA Keluar Notis Perobohan, Isu Hot Burger Malaysia Buat Peniaga Lain Kena Tempias

KPD Sungai Buloh Jawab Pendedahan ‘Berani Mati’ Pemilik Hot Burger Malaysia

Anda Mungkin Suka