Jika semalam hangat dibincangkan di media sosial apabila tular sebuah video kanak-kanak berumur sembilan tahun membawa Proton Saga, kini tular pula sebuah video baharu dimana seorang kanak-kanak bawah umur memandu lori tangki yang dipercayai di Rantau, Negeri Sembilan.

Mulai tular pada aplikasi WhatsApp, video berdurasi 1:18 minit tersebut kemudian turut dimuat naik di Facebook sekaligus membuatkan video tersebut ditonton oleh ramai pihak. Aksi dan gaya kanak-kanak ini mengendalikan lori tangki nampaknya turut mengundang kepada pelbagai komen daripada netizen.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, sebuah laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular ini kerana kecuaian ibu bapa kanak-kanak tersebut yang membiarkan anak bawah umur memandu.

Sehubungan dengan itu, pihak polis kini sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menerusi tinjauan komen di Facebook, terdapat pihak yang menyokong ibu bapa kanak-kanak ini dikenakan tindakan manakala terdapat pihak yang membangkang. Hal ini berikutan kanak-kanak ini tidak membayakan orang ramai kerana sekadar membawa lori tangki di kawasan yang lapang.

Ikuti juga kisah kanak-kanak 9 tahun yang tular memandu Proton Saga milik ayahnya sebelum disaman pihak polis.

Benarkan Kanak-Kanak 9 Tahun Memandu Kereta, Pemilik Proton Saga Disaman Polis

Netizen Puas Hati Lihat Aksi Spontan Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut