Terbaharu, The Gardens Mall (TGM) dan Mid Valley Megamall (MVM) telah mengesahkan pekerja London Sales Cosmetics Sdn Bhd (LSC) disahkan positif COVID-19.

Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan TGM dan MVM semalam. Berikutan itu, usaha sanitasi dan nyahkuman di kawasan umum serta 3 outlet yang terlibat akan dijalankan.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Difahamkan, pekerja berkenaan telah memaklumkan pihak pengurusan di LSC pada 9 Oktober bahawa salah seorang ahli keluarganya terdedah kepada virus berkenaan.

The Managements of The Gardens Mall (TGM) and Mid Valley Megamall (MVM) would like to confirm a positive COVID-19 case…

Posted by Mid Valley Megamall on Sunday, October 11, 2020

Berikutan itu, pekerja itu telah bertindak untuk mengasingkan dirinya secara kuarantin kendiri dan langkah-langkah telah diambil bagi membolehkannya menjalani ujian COVID-19 yang disahkan positif pada 10 Oktober.

Lantaran itu, pihak pengurusan telah dimaklumkan mengenai keputusan ujian tersebut dan 3 outlet berkenaan diarah tutup sehingga notis selanjutnya. Malah, Kementerian Kesihatan turut dimaklumkan dan disusuli dengan langkah pengesanan kontak. Pihak pengurusan TGM dan MVM turut memberi jaminan kepada pelanggan, penyewa serta pengunjung kesihatan dan keselamatan mereka diutamakan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dengan perkembangan COVID-19 di negara kita pada pautan di bawah ini. 

Pusat Beli-Belah 1 Utama Dan Kelab Golf Tropicana Diarah Tutup Mulai Esok

100 Peratus Murid SK Bangsar Tidak Hadir Ke Sekolah Hari Ini Selepas Dua Kes Positif COVID-19

Tiga Pusat Beli Belah Di Kuala Lumpur Beri ‘Amaran’ Kepada Pengunjung Selepas Catat Kes COVID-19

Anda Mungkin Suka