Apple sememangnya sebuah jenama yang hadir dengan ‘inovasi’ dan sering menerima kecaman daripada orang ramai. Sejak mulai memperkenalkan siri iPhone 12 tanpa charger, jenama ini sekali lagi mendapat kecaman sekaligus menerima perhatian daripada orang ramai.

Dalam pada itu, siapa sangka di sebalik kecaman yang diterima, apa yang dilakukan Apple nampaknya telah mula diikuti oleh jenama lain.

Jika pada minggu lalu Samsung menyatakan hasrat untuk tidak lagi menyertakan pengecas atau charger, Huawei pada minggu ini dijangka turut mengikuti trend yang sama.

ezgif-3-115b62a41337

Ura-ura ini dikuatkan lagi apabila Huawei mulai mengeluarkan sebuah soal jawab dengan bertanyakan pengguna mengenai penggunaan fon kepala dan kabel pengecasan type-C bersama kotak telefon pintar.

Sebelum ini, Apple menyatakan tujuan untuk tidak menyertakan pengecasan dan EarPods bersama telefon pintar bertujuan bagi menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan material plastik. Tidak dipastikan setakat ini sama ada Samsung dan Huawei memilih untuk tidak menyertakan pengecasan untuk tujuan yang sama atau sebaliknya.

Melihatkan kepada trend jenama-jenama besar yang tidak menyertakan pengecasan, berkemungkinan besar perkara ini bakal menjadi kebiasaan kelak buat jenama-jenama telefon pintar yang lain.

Sebelum ini Samsung dan Xiaomi pernah memerli Apple sebaik sahaja melancarkan siri iPhone 12 tanpa charger bersama.

Gara-Gara Tidak Lagi Sertakan ‘Charger’ Bersama iPhone, Apple Diperli Samsung Dan Xiaomi

Samsung Mungkin Ikut Jejak Langkah Apple Tawarkan Telefon Pintar Tanpa ‘Charger’

Sumber