Walaupun terpalit dengan isu kesesakan trafik yang tinggi pada awal minggu lalu, ia tidak menghalang rakyat Malaysia untuk terus menebus inisiatif e-Tunai Rakyat yang disediakan kerajaan sebelum ini.

Kini selepas seminggu proses pendaftaran dan penebusan dibuka untuk orang ramai, Kementerian Kewangan melalui menterinya Lim Guan Eng mengesahkan sebanyak RM66 juta telah pun diberikan kepada orang ramai melalui e-wallet mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
e wallet
FOTO: ASTRO AWANI

Ini berikutan sambutan yang menggalakkan dari seluruh rakyat Malaysia dengan hampir tiga juta permohonan sudah diterima dan 2.2 juta permohonan sudahpun diluluskan oleh pihaknya.

Jumlah yang ditebus oleh rakyat Malaysia itu bagaimanapun masih sedikit jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM450 juta yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

Bagi anda yang masih belum menebus e-Tunai Rakyat, masih ada masa sehingga 9 Mac ini untuk mendapatkan 30 ringgit di dalam akaun e-wallet anda secara percuma.

Jangan risau dengan dakwaan yang mengatakan data peribadi anda akan diceroboh sekiranya mendaftar dan menebus e-Tunai kerana menteri kewangan kita sudah memberikan jaminan perkara itu tidak berlaku seperti dilaporkan Berita Harian sebelum ini.

Beliau juga menjamin akan memastikan data peribadi rakyat masih sulit dan berada dalam kawalan kerajaan.

Jadi, tunggu apa lagi. Ikuti langkah-langkah penebusan e-Tunai seperti yang kami kongsikan sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan RM30 di dalam e-wallet anda sekarang.

Ini Caranya Untuk Menebus e-Tunai Rakyat Sebanyak RM30 Bermula Hari Ini

Netizen Luah Kekecewaan Sukar Lakukan Penebusan e-Tunai

Sedar Tidak Ramai Membawa Tunai, Peminta Sedekah Ini Sediakan Penerimaan Secara ‘E-Wallet’

 

Sumber