Kolaborasi antara McDonald’s dengan BTS tidak terhenti di ‘The BTS Meal’ sahaja kerana kini para peminat boleh mendapatkan ‘full collection’ untuk dikumpul sebagai koleksi.

Untuk pengetahuan anda, koleksi McDonald’s x BTS ini ini terdiri daripada bath robe, t-shirt, sweatshirt, sling bag, stoking dan juga payung. Warna ungu lilac dipilih sebagai warna dominan koleksi ini agar ‘match’ bersama bekas makanan ‘The BTS Meal’ yang kini sedang hangat dijual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dapat dilihat pada setiap barangan diletakkan logo BTS dan juga McDonald’s menjadikan ia cukup istimewa buat para peminat BTS.

Menjengah ke Twitter, rata-rata peminat sudah mula membeli koleksi-koleksi ini dan tidak mahu terlepas mendapatkan koleksi edisi terhad ini. Malah, para peminat turut teruja melihat koleksi-koleksi yang dijual disebabkan rekaannya yang cantik.

Buat anda yang mahu mendapatkan koleksi ini, klik sahaja pautan ini dan dapatkan segera kerana ia hanya tersedia untuk waktu terhad sahaja. Sebelum terlupa, koleksi ini hanya boleh dibeli laman sesawang rasmi WeVersesShop sahaja dan tidak tersedia secara fizikal di Malaysia. Tunggu apa lagi?

Tahukah anda bahawa Malaysia menjadi negara Asia pertama yang menjual BTS Meal? Klik pautan di bawah untuk lihat kehangatan BTS Meal ini.

Sudah Mula Dijual, ‘Army’ Serang McDonald’s Seawal 10 Pagi Kerana BTS Meal

Mendapat Sambutan Luar Biasa, ‘Reseller’ Ambil Kesempatan Jual Semula Bekas The BTS Meal

Dikritik Tidak Sensitif Dan Guna Kalimah ‘Allah’ Dalam Lirik Lagu, Jay Park Mohon Maaf