Walaupun terpalit dengan kontroversi kes dUCk Scarves kantoi tiru idea jenama tempatan, tetapi koleksi terbaharu dUCk habis terjual dalam masa 30 minit sahaja semalam.

Tidak dapat dinafikan bahawa fesyen yang ditampilkan di FashionValet dan dUCk Scarves sememangnya menarik ramai minat wanita di luar sana untuk membelinya walaupun harganya sedikit mahal berikutan jenama yang dibawa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter @syazayunos ‘spill the tea’ di laman Twitternya tentang rekaan sampul duit dan konsep jenamanya telah diciplak oleh Vivy lalu menjadikan koleksi tudung dUCk Scarves iaitu koleksi kuih.

Menurutnya, pelanggannya pernah bertanya sama ada beliau berkerja untuk Vivy kerana rekaan produknya sama seperti produk dUCk milik Vivy. Rasanya setiap pereka akan berasa terkilan dan kecewa apabila rekaan sendiri dikatakan milik orang lain.

Tambahnya, beliau pernah menghubungi Vivy Yusof pada 3 tahun yang lalu berhubung perkara tersebut tetapi tidak diendahkan oleh Vivy Yusof. Tambahnya lagi, rintihan ‘suara’ syarikat kecil sepertinya tidak akan didengari oleh syarikat besar seperti FashionValet.

D3Ccqu4UwAE28t7

Selepas perkongsian tersebut, beliau menghilang dalam satu jangka masa yang agak lama dan semalam telah menjelaskan beberapa perkara dan kenapa beliau menghilang menerusi Instastory di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian beliau, Vivy akan saman beliau dan tuntut beliau membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi beliau tolak permintaan tuntutan tersebut.

EXQ3QtUUYAAWL2v

EXQ3QtVVcAA56uk

EXQ3QtVU8AEHWX7

EXQ3QtVVAAAePb5

Menurut beliau, bukanlah niat beliau untuk menjatuhkan reputasi FashionValet, dUCk Scarves dan Vivy Yusof, tetapi perkongsian beliau adalah kerana ingin melindungi hak beliau sebagai pelukis ilustrasi.

Apa yang beliau kecewa adalah apabila konsep koleksi sampul duit beliau digunapakai oleh FashionValet untuk koleksi mereka. Difahamkan, pihak Vivy Yusof telah berdiam diri dan lancarkan produk baru selepas hantar borang untuk perbicaraan mahkamah pada 9 April 2020.

Justeru itu, perkongsian beliau mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen menyokong dirinya. Malah, ada juga yang bertanya jika perlukan pertolongan.

https://twitter.com/mimierhmn/status/1257754126181531648

Isu seperti ini bukan sekali tetapi sudah banyak kali tersebar. Bagaimana pula pandangan anda mengenai isu ini?

Sementara itu, apa kata baca artikel berkaitan FashionValet dan juga Vivy Yusof di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

dUCk Scarves Kantoi Tiru Idea Jenama ‘Indie’ Tempatan?

Kenapa FashionValet Masih Rugi Walaupun Menerima Pelaburan Besar

Bekas Peminat Vivy Yusof Ini Kongsi ‘Nasihat Berguna’ Buat Golongan B40 Dan M40