Berikutan dengan pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengurangkan bilangan agensi yang tidak relevan dan membebankan kerajaan, orang ramai mula menyuarakan pendapat untuk melakukan tindakan yang sama terhadap Malaysian Aviation Commission (MAVCOM). Nama MAVCOM mula menjadi bualan apabila terbabit dengan isu penerbangan tambahan AirAsia sewaktu PRU14 yang lepas yang hampir dibatalkan.

Menurut kenyataan saudara @neil_mfr di akaun Twitternya, peranan MAVCOM seperti tidak relevan dan tidak memberi sebarang signifikan malah membebankan rakyat yang sering menaiki penerbangan komersil dengan cukai yang tidak masuk akal.

Menurut saudara @PunchSS4 pula, MAVCOM tidak perlu diasingkan daripada Kementerian Pengangkutan berikutan dengan pertindihan peranan.

Selain itu, beberapa pengguna Twitter juga memberi saranan untuk menggabungkan peranan MAVCOM dengan Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) dibawah Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan bebanan kerajaan.

https://twitter.com/AspaMalaysia/status/997617853334405120

Buat masa ini, ini hanyalah cakap-cakap tentang MAVCOM dan pihak kerajaan tidak pula mempunyai pelan rasmi untuk membubarkan MAVCOM. Pada pendapat anda, perlukakah MAVCOM menerima pelan pembubaran seperti SPAD dan angensi kerajaan yang lain?