Pada akhir bulan Mei lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah ‘turun padang’ menjadi orang biasa cuba merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkutan awam. Baru-baru ini, beliau sekali lagi membuat satu lawatan mengejut dengan pergi ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.

Semasa lawatan tersebut dibuat, beliau telah melihat sendiri keadaan semasa jalan raya, fasitili dan landskap di sekitar kawasan hospital tersebut. Lalu beliau telah menghubungi Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaludin secara peribadi untuk memaklumkan apa yang dilihatnya semasa ‘kunjungan mengejut’ itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Facebook Onn Hafiz

Dalam masa kurang 48 jam, Datuk Onn Hafiz Ghazi memuat naik hantaran Facebook menyatakan beliau berpuas hati apabila melihat kerja-kerja membaik pulih jalan sepanjang 120 meter di hadapan poliklinik hospital itu sudah bermula dan akan diteruskan sehingga siap.

Hantaran Facebook itu telah menarik perhatian ramai dan netizen mengucapkan tahniah kepada beliau kerana proaktif untuk melawat dan melihat sendiri beberapa permasalahan yang ada pada hospital itu.

Sumber Gambar: Facebook Onn Hafiz
Sumber Gambar: Facebook Onn Hafiz
Sumber Gambar: Facebook Onn Hafiz

Netizen juga berharap agar Datuk Onn Hafiz Ghazi dapat sentiasa ‘turun padang’ untuk melihat sendiri masalah-masalah lain yang dihadapi ramai di beberapa lokasi sekitar Johor.

Menurut Menteri Besar Johor yang ke-19 itu, Kementerian Kesihatan akan membuat permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk meluluskan peruntukkan bagi kerja-kerja baik pulih bekalan elektrik, sistem elektrik dan mekanikal di HSA.

Sebelum ini tular kisah di mana Menteri Besar Johor menyamar sebagai awam untuk merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkutan awam di negeri itu.

MB Johor Naik Bas Menyamar Jadi Orang Biasa, Mahu Nilai Sendiri Pengangkutan Awam

Turun Padang Tanpa Pengetahuan, Menteri Luah Rasa Kecewa Dengan ‘Sistem Kuno’ JPJ

Tular Gambar Buat Lawatan Mengejut Di Hospital, Pandelela Dedahkan Sikap Sebenar KJ

Sumber