1 Mac 2023 merupakan salah satu tarikh bersejarah buat negara ini apabila Tesla sah bakal beroperasi secara rasmi di Malaysia dengan membuka ibu pejabat, pusat servis dan rangkaian ‘Supercharger’ sebagai permulaan pelaburan mereka.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Tengku Zafrul, pelaburan berkenaan dimudah cara oleh MITI menerusi inisiatif BEV Global Leaders ini pastinya akan mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran sederhana dan tinggi buat rakyat Malaysia, dan membuka peluang perniagaan buat pemain industri tempatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu ciapan terbaharunya, ada satu lagi berita gembira yang bakal diumumkan kelak kepada orang ramai. Hantaran itu telah menarik perhatian ramai yang tertanya-tanya apakah ‘berita baik’ itu.

Ada yang mendakwa mungkin ada beberapa lagi jenama BEV lain seperti Nio, XPeng dan Wuling Hongguang bakal beroperasi secara rasmi di Malaysia.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa berkemungkinan syarikat teknologi lain akan melabur di negara ini seperti Starlink, Amazon AWS, GigaFactory dan pelbagai lagi.

Orang ramai turut memuji pihak-pihak yang terlibat berjaya membawa masuk pelaburan yang ke negara ini, yang juga dapat memperluaskan lagi peluang pekerjaan pada masa hadapan.

Terdahulu, tular berita butiran SSM syarikat Tesla Services Sdn Bhd telah bertukar menjadi Tesla Sdn Bhd serta Jenis-jenis perniagaan juga dikemas kini menjadi; pemborong dan runcit kenderaan bermotor baru, aktiviti perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan darat, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.