Semalam, Khairy Jamaluddin telah memaklumkan bahawa kerajaan menetapkan harga borong dan runcit maksimum Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 pada RM16.00 dan RM19.90 sahaja.

Terbaharu, Khairy Jamaluddin turut mengatakan bakal ‘update’ dan menambahbaik aplikasi MySejahtera bagi memudahkan penggunanya. Malah, aplikasi yang ditambah baik itu akan membuatkan pengguna senang menunjukkan status vaksinasi dan juga ‘risk level’ mereka.

Bukan itu sahaja, aplikasi tersebut juga akan ditambah fungsi ‘check-out’ dimana anda perlu tekan butang tersebut selepas meninggal premis yang anda kunjungi. Malah, ini akan memudahkan kerajaan untuk mengesan kontak rapat jika berlaku jangkitan kes COVID-19.

Dengan pemberitahuan ini, segelintir rakyat Malaysia berpuas hati apabila cadangan mereka didengar oleh pihak kerajaan. Malah, ada segelintir netizen memuji tindakan pantas Khairy Jamaluddin dalam menjalankan tugasnya sebagai Menteri Kesihatan Malaysia yang baru.

Bukan itu sahaja, para netizen sudah tidak sabar mahu menggunakan aplikasi MySejahtera yang sudah ditambah baik itu. Dalam perkembangan program vaksinasi kebangsaan, seramai 19,621,799 rakyat Malaysia telah terima dos pertama vaksin mereka.

Sementara itu, ubat COVID-19 berbentuk pil bakal digunakan pada akhir tahun ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Ubat COVID-19 Berbentuk Pil Dari Pfizers Diuji Pada Manusia, Bakal Digunakan Pada Akhir Tahun Ini?

Kemas Kini Terbaru MySejahtera Memerlukan Pengguna ‘Check Out’ Selepas Keluar Dari Premis

WHO Pantau Kemunculan Varian Baru COVID-19 Bernama ‘Mu’