Nampaknya syarikat Elon Musk ini tidaklah boring seperti namanya. Selepas menjual lebih 30,000 pasang topi, The Boring Company akan mula jual pistol api ini pula. Disember lalu, Elon berkata beliau akan menjual flamethrower pula jika berjaya menjual kesemua topi The Boring Company.

Buat anda yang mungkin masih belum tahu, The Boring Company adalah inisiatif Elon untuk menyelesaikan masalah lalu lintas. Maka terciptalah syarikat ini. Anda boleh baca lebih lanjut tentang syarikat ini di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya ditemui secara tidak sengaja oleh seorang pengguna di Reddit dan laman boringcompany.com/flamethrower boleh diakses semalam dengan kata laluan ‘flame’. Tetapi ianya sudah tidak boleh diakses pagi ini.

Flamethrower ini akan dijual pada harga USD600 (RM2330+-) dan jika ianya sudah ada di laman rasmi Boring Company, pistol api ini pastinya akan dihasilkan di masa akan datang. Kalau anda beli flamethrower ini, boleh guna untuk bakar semak samun di kebun dengan penuh gaya.

Sumber