Siapa sahaja tidak kenal dengan personaliti masakan YouTube, Rhys William yang petah berbahasa Melayu dalam video-video masakannya.

Beliau yang menetap di Malaysia sejak 2013 mula mencuri perhatian ramai pada 2015 dengan kebolehannya berbahasa Melayu da an kini selepas hampir sepuluh tahun, Rhys sekali lagi berjaya mencuri perhatian ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi bezanya kali ini beliau bukanlah tampil dengan satu lagi video yang dihoskan dalam Bahasa Melayu tetapi kini beliau hadir dengan buku tulisannya dalam bahasa kebangsaaan kita.

Kejayaan menulis buku yang diberi tajuk YouTube 3 Langkah itu dikongsikan sendiri Rhys di akaun Twitternya pada pagi tadi sambil berkongsikan gambarnya bersama buku tersebut.

Beliau yang mula membuat jatuh cinta dengan Malaysia ketika percutiannya ke Kuala Lumpur pada 2011 itu juga tidak menyangka beliau boleh menulis buku 100% dalam Bahasa Melayu.

“Rhys nak ambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyokong  dalam perjalanan ini.

“Tak sabar (hendak) dengar feedback anda  semua yang baca buku Rhys ini,” tulisnya pagi tadi.

Dipuji netizen

Kejayaan Rhys menghasilkan buku sepenuhnya dalam Bahasa Melayu itu turut mendapat perhatian daripada netizen dengan rata-rata memuji usaha yang dilakukannya itu.

Malah ada juga yang mengatakan pencapaian yang dibuat itu sebenarnya lebih baik daripada sikap kurang patriotik rakyat di negara ini yang sentiasa membuat kesilapan seperti memasang bendera dengan terbalik dan tidak mampu menguasai Bahasa Melayu dengan baik.

Baca juga temu bual kami bersama Rhys William ketika beliau pertama kali mencuri perhatian rakyat Malaysia suatu ketika dahulu di pautan di bawah.

Kerana Jatuh Cinta Dengan Malaysia, Mat Salleh Ini Belajar Kuasai Bahasa Melayu

Sarimah Ibrahim Dipuji Fasih Berbahasa Melayu Walaupun Dibesarkan Di Luar Negara