TikTok merupakan aplikasi perkongsian video yang sering menjadi ikutan anak muda zaman sekarang. Perkongsian video yang pelbagai gaya tarian dan lagu melalui aplikasi tersebut kini semakin popular dengan mempunyai 500 juta pengguna aktif bulanan yang terdiri daripada 300 juta pengguna dari China dan 200 juta luar dari China.

Berikutan popularitinya yang semakin meningkat, TikTok kini melancarkan juga TikTok’s Year in Rewind Campaign sepertimana yang dilakukan YouTube Rewind di mana ia akan memaparkan video-video trend yang terhangat sepanjang tahun 2018 yang diterbit oleh selebriti, pencipta, cabaran dan banyak lagi secara global dan Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahun 2018 dilihat pengguna banyak berkongsi video dan tarian melalui lagu DDU-DU DDU-DU nyanyian BLACKPINK, pencipta seperti Alieff Irfan, selebriti seperti Baby Shima dan cabaran DidiDance.

Berikut adalah infografik senarai trend TikTok di Malaysia:

Rewind-2018-with-TikTok-Discover-the-Biggest-Trends-of-the-Year-in-Malaysia-2

Kepada anda yang telahpun mempunyai akaun aplikasu TikTok, tunggu apa lagi? Sertailah cabaran-cabaran TikTok dan muat naik video anda.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.