Sebelum ini, kumpulan Dolla pernah jadi bualan apabila dikritik cuba meniru BlackPink. Akan tetapi, Dolla telah menunjukkan kemampuan dan kelainannya dengan lagu Impikan ataupun ‘Watch Me Glow’ trending pada tangga ke-2 di YouTube ketika dilancarkan.

Terbaharu, Dolla kini muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat. Difahamkan, Dolla menjadi artis ketiga dari negara ini selepas Yuna dan Layla Sania muncul di papan iklan tersebut.

Sabronzo yang mewakili Dolla berkata bahawa mereka berasa teruja ketika dimaklumkan perkara itu dan ia merupakan satu penghormatan buat mereka yang masih baru serta berharap akan dapat terus memenuhi harapan peminat.

Untuk pengetahuan anda, penampilan Dolla itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh Spotify. Terdapat 35 senarai lagu EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara, di mana Dolla sebagai wajah hadapan merupakan wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Dolla pada pautan di bawah ini.

Pernah Dituduh Tiru BlackPink, DOLLA Buktikan Kemampuan Sendiri Dengan ‘Trending’ Di YouTube

Tidak Nyanyi Lagu Sendiri, Peminat Kecewa DOLLA Persembahkan Lagu BLACKPINK Di ABPBH

Wajah Yuna Terpampang Di Billboard NASDAQ Di Times Square, New York