Nampaknya bakat Mohamad Sofian (Sofyank96) ini sudah sampai ke pengetahuan artis antarabangsa. Melalui perkongsian terbaru beliau di Instagram, beliau mahu peminatnya meneka lukisan wajah siapa yang tertera pada kertas yang dipegangnya.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Berdasarkan pengamatan kami, gambar lukisan berkenaan adalah milik kepada pelakon Hollywood, Will Smith. Ramai yang nampaknya tidak sabar untuk melihat projek apa yang bakal dihasilkan antara Sofian dan Will Smith. Adakah ianya untuk filem terbaru Will Smith, Gemini Man yang akan berada di pawagam tidak lama lagi?

Walau apa pun projek Sofian bersama Will Smith ini, Sofian sudah maju setapak lagi jika benar kolaborasi ini akan terjadi. Tahniah kepada Sofian.

Sebelum itu, Sofyank ambil masa 3 minggu untuk hasilkan video epik di bawah ini sehingga mendapat pujian daripada Zach King sendiri. Untuk perkembangan Will Smith pula, beliau sah tidak akan menyertai Suicide Squad 2 sebagai Deadshot.

Lihat Video Magik Sofyank96 Paling Gempak Setakat Ini

Will Smith Tinggalkan ‘Suicide Squad 2’

Anda Mungkin Suka