Umum mengetahui, Neelofa telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, PU Riz dan majlisnya telah dijalankan secara mewah serta meriah. Majlis perkahwinannya mendapat perhatian netizen dan ada yang mendakwa majlis tersebut tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Berikutan itu, pembantu peribadi Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dangi Wangi pada jam 11.40 pagi tadi bersama pemilik dan pengasas Syarikat Reka Teemor, Faiz Sabari dan isterinya, Rozana Mumtaz yang dilantik sebagai pengurus majlis perkahwinan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selesai memberikan kenyataan, pembantu peribadi Neelofa yang ditemani peguam enggan mengulas lanjut isu tersebut dan meninggalkan balai polis tanpa memberikan sepatah dua kata.

Manakala pengasas Reka Teemor, Faiz Sabari mengatakan keterangan telah diberikan dan tiada apa perlu diberitahu. Malah, Neelofa dan pasangan sekali lagi mencuri perhatian apabila beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Langkawi tular sejak semalam. Apa pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Neelofa pada pautan di bawah ini.

Dakwa Tidak Patuh SOP, Polis Sedia Buka Kertas Siasatan Penganjur Majlis Neelofa Dan PU Riz

Anjur ‘Fashion Show’ Tidak Patuh SOP, Tindakan Jenama Fesyen Terkenal Ini Buat Netizen Berang

Sumber