Akibat mahu gambar yang cantik, secara tak sengaja terjatuh dan hasilkan Domino effect. Insiden ini berlaku di sebuah galeri seni di Los Angeles ketika pameran artis Simon Birch, Hacob Blitzer, Gloria Yu dan Gabriel Chan. Kesudahannya? 3 karya seni rosak teruk manakala yang lain dalam keadaan yang merisaukan serta kerosakan bernilai USD200 ribu. Sebab inilah muzium banyak tanda seperti amaran ‘Please Do Not Touch’. Tak nak perkara seperti ini berlaku. Paling lucu wanita itu cuba susun kembali pillar yang jatuh seperti tiada apa-apa yang berlaku. Accident atau sengaja untuk menularkan exhibition ini? Anda tentukan.