Sejak trend swafoto atau lebih dikenali dengan selfie menjadi kebiasaan pengguna, ramai yang tanpa segan silu sering swafoto meskipun di tempat yang sesak. Sama ada sebagai memori, kenang kenangan atau untuk berkongsi kegembiraan kepada orang ramai budaya swafoto sedikit sebanyak mungkin mengundang masalah buat orang ramai.  Situasi yang sama yang dapat dilihat di beberapa masjid terkemuka dunia.

Terbaru, bagi mengelakkan daripada masalah ini berlelaluasa Kerajaan Saudi pada 15 Nov telah menetapkan untuk mengharamkan pengguna untuk swafoto di dua masjid yang menerima bilangan pengunjung yang ramai iaitu Masjidil Haram dan Al Nabawi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: The New York Times

Keputusan yang dibuat ini adalah berikutan gelagat pengguna yang terlalu asyik dengan penggunaan telefon bimbit dan berswafoto sehinggakan mengganggu para jemaah lain.

Buat mereka yang sentiasa peka dengan orang ramai sewaktu mengambil gambar atau swafoto mungkin agak terkilan berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi. Walaubagaimanapun, haruslah kita hormati keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan. Sekiranya anda sebagai bakal jemaah Haji atau Umrah, adakah anda bersetuju dengan keputusan yang dibuat?

Sumber